Feb 13, 2006

Jurnal Fasilitator: PERHATIAN!!

Weekend lepas aku bersama team AF berkumpul selama 3 hari 2 malam di El-Azzhar Camp untuk Kem Kecemerlangan Kepimpinan 06'. Adik-adik peserta datang dari SAM Tg Karang, Selangor seramai 145 orang.

Hem..dulu pernah bersama mereka untuk 2 program, tapi tema berbeza. Dek kerana pernah bersama, modul yang kami fikirkan agak berbeza dari sebelumnya :)

Mereka..apa yang yang aku nak komen ye? Hum, pertama kali aku tengok adik-adik ni, gambarannya adalah mereka golongan yang patuh dan mudah diatur. Maybe sebab mereka dari sekolah agama, duduk dalam persekitaran yang 'sihat' dan kebanyakan tinggal di asrama.

Alhamdulillah, selama beberapa hari, banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat tambah, selain mengilat lagi pengetahuan lama.

Kata Abg Fahmi, yang paling penting adalah objektif dan konklusi yang fasilitator nak beri pada adik-adik. Cara pelaksanaan boleh diubah dan dipelbagai ikut suasana. Ajar aku kreatif :)

So far, aku rase best betul bersama adik-adik yang memang berdisiplin, patuh dan bersemangat. Kerjasama tiptop :)

Fasilitator baru pula makin dapat adapt dengan tradisi AF: multi tasking. Itu yang berbeza jika nak dibandingkan dengan team fasilitator lain. Biar kadang-kadang aku lihat orang lain bagus juga dari Team AF namun, aku rasa perlu berpegang bahawa pada kami ada stail dan kekuatan kami sendiri :)

Seperti yang aku kata pada Abg Fahmi, "Makin rasa berkualiti bila dijadikan tempat orang merujuk"

Aaa, dengan ilmu yang ada, kini aku telah mampu buat sesuatu. Iya, dulu belajar kini aku beri tunjuk ajar pula. Nah, kan dah berkembang potensi diri :) Alhamdulillah.

Untuk adik-adik SAM Tg Karang, moga menjadi pemimpin yang cemerlang, yang lebih komited dan proaktif. Luar biasa hebat ye dik :) Untuk sekalian yang berada di sekeliling ku semasa program, jazakallahu khaira khathira :)

Untuk Yaa comel juga...tak sempat main pasir bersama ^_^

Terima kasih Tuhan..moga aku sering disedarkan untuk terus berjuang dalam bidang ini, mencurah ilmu, menanam semangat dan kesedaran. Tamsilan untuk aku juga agar tak terlalai dalam perjalanan dunia.

p/s: Adik Zul makin mantap, Amira Adnan tetap superb dan tabik spring buat Yahya, our CC program..cayalah korang :)

No comments: